Friday, August 29, 2014

Kuliah 14

Cabaran Dan Penyelesaian Dalam Pembentukan Akhlak

 Pendahuluan
  • Pembangunan insan yang tidak seimbang menyebabkan berlakunya keruntuhan Akhlak.
  • Insan yang rantuh akhlaknya ialah insan yang kabur berkenaan tujuan hidup.
  • Kehidupan muda mudi kini berada di dalam keadaan khayalan.

Cabaran Luaran 

  • Akhbar kini banyak memaparkan gejala sosial kalangan muda mudi.
  • Remaja dengan tabiat lepak, berpeleseran sampailah kepada pembuangan anak.
  • Orang dewasa pula dengan tabiat pecah amanah, mendera, sumbang mahram. 
  • Semua itu merupakan tabiat-tabiat akhlak buruk.
  • Mereka sebenarnya terpesong dari agama Islam.
  • Ini disebabkan kurangnya memahami ajaran Islam.

1. Gaya hidup bebas dan pergaulan di antara lelaki dan perempuan menjadi semakin merebak ke serata dunia, dengan membawa kepada zina dan penyakit yang sukar diubati.

2. Pengabaian pendidikan terhadap remaja mengakibatkan kelahiran pelbagai gejala sosial seperti 
  • AIDS/ HIV positif, 
  • berjudi, 
  • bohjan, 
  • bohsia, 
  • gejala lepak, 
  • gejala punk, 
  • homoseksual/lesbian, 
  • jenayah juyana.
  • lari dari rumah, 
  • lumba haram, 
  • pembuangan anak, 
  • penagihan arak, 
  • pengguguran anak, 
  • penyalahgunaan dadah, pil ekstasi, 
  • samseng sekolah, 
  • skin head, 
  • tidak kisah, 
  • tidak minat belajar, 
  • vandalisme 

3. Kini ramai remaja Melayu telah dilanda dengan krisis sosial yang cukup meruncing membabitkan semua aspek yang terpenting di dalam pembentukan jiwa seseorang remaja Islam. 

4. Ini dapat dilihat dari lemahnya pegangan iman, hilangnya pengaruh ibu-bapa, terpengaruh dengan rakan sebaya yang bermasalah dan penuh dengan budaya munkar.

5. Lantas masyarakat menjadi kacau bilau, porak-peranda dan sengsara. 

6. Golongan remaja menjadi tidak berharga dan hilang nilai individu. 

7. Keruntuhan nilai akhlak remaja itu akan menjadi masa depan negara berada di dalam keadaan tergugat.

Cabaran Dalaman

1. Lemahnya iman dan kejahilan ummah maka mudahlah mereka diresapi oleh pengaruh luar yang bercanggah dengan Islam. 

2. Pada hal kedudukan akidah yang paling asas dan terpenting dalam pembinaan tamadun kemanusiaan dan kepincangan akidah bererti kemusnahan segala-galanya. 

3. Ramai kalangan masyarakat Melayu moden telah dikesan mengidap penyakit psikologi yang menyebabkan berlaku pelbagai tindakan buruk seperti bunuh diri, menagih dadah dan arak, murtad, bohsia dan sebagainya.

4. Kejadian yang merosakkan akhlak adalah berpunca daripada tunduk kepada hawa nafsu. Mereka meninggalkan perintah Allah swt.

5. Pendidikan Islam, pendidikan keimanan perlu ditekankan agar lahirlah keimanan dan akidah yang kuat, seterusnya akan melahirkan generasi yang berakhlak. 

Penyelesaiannya

1. Semua pihak bertanggung jawab termasuklah ibu bapa, pendidik dan tokoh-tokoh agama masing-masing mempunyai peranan dalam menanggani masalah keruntuhan akhlak ini.

2. Antara langkah-langkah yang patut diambil seperti:

Terhadap Allah swt:-
  • Menyedari kita sebagai hamba Allah (al zariyat:56)
  • Setiap hari membaca al Quran
  • Memahami ajaran Islam dengan sebenar-benarnya secara menyeluruh.
  • Setiap remaja wajib istiqamah atau berterusan menunaikan solat.
  • Mereka hendaklah menjauhi segala larangan Allah swt.
  • Pelajar-pelajar hendaklah menguatkan rohani mereka dengan banyak beribadat.
  • Pelajar muslim wajib mempelajari Islam secara benar bukan sekadar taklid buta.
  • Mereka perlu kepada mengawal emosi dan nafsu dengan banyakkan zikir dan solat.
  • Menghayati sifat malu amat penting dalam menghadapi gejala maksiat dan zina.
Terhadap Rasulullah saw
  • Menghayati perjuangan Rasulullah saw membasmi jahliliyah.
  • Mempelajari ilmu sejarah jihad Nabi
  • Mengambil contoh akhlak Rasulullah saw
  • Jadikan Rasulullah saw sebagai ikutan
  • Membaca hadith nabi setiap hari sekurang-kurangnya satu hadith
Terhadap Ibu Bapa
  • Menghormati ibu bapa
  • Doakan kepada kebaikan ibu bapa dunia dan akhirat
  • Bercakap kepada ibu bapa dengan kata yang lembut
  • Tidak memusuhi ibu bapa
  • Meminta nasihat dari ibu bapa atas segala apa yang kita ingin lakukan
  • Memohon maaf kepada ibu bapa
  • Sentiasa merendah diri kepada ibu bapa
  • Jangan bermain-main seperti main handphone di hadapan ibu bapa
Terhadap Diri Sendiri
  • Banyakkan bertaubat dan beristighfar kepada Allah swt
  • Mengawal hawa nafsu
  • Menjaga diri dengan perasaan malu
  • Tidak bergaul bebas lelaki dan perempuan
  • Menutup aurat dan menjaga kata-kata
  • Makan makanan yang halal dan yang baik-baik
  • Menjaga semua anggot tubuh badan dari maksiayat
  • Mendirikan solat lima waktu sehari semalam
  • Meminta nasihat dari orang yang lebih berilmu

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment