Friday, August 29, 2014

Kuliah 13

PEMBINAAN DAN PEMANTAPAN AKHLAK

  • Mempelajari ilmu akhlak
    • Melalui al Quran dan al Hadith
    • Mencontohi akhlak Rasulullah saw
    • Mencontohi akhlak para sahabat Rasulullah saw
    • Membaca kitab tulisan imam al Ghazali - Ihya Ulumuddin
    • Membaca kisah-kisah para wali-wali Allah
  • Memantapkan akidah
    • Mendalami ilmu usuluddin
    • Bermakrifat kepada Allah dengan mentauhid asma' dan sifat 
    • Yakin kepada rukun iman yang enam
    • Berzikir mengingati Allah swt
  • Mematuhi syariat Islam
    • Mematuhi syariat Islam dalam diri dan keluarga
    • Mematuhi syariat Islam dalam politik, ekonomi dan sosial
    • Melaksanakan amar makruf nahi munkar dalam diri
  • Melaksanakan ibadah
    • Sentiasa melaksanakan perintah Allah swt samada perintah suruhan atau larangan
    • Mendirikan solat kerana solat itu mencegah kemungkaran
    • Berniat ibadah dalam semua aktiviti harian
  • Ilmu dan latihan
    • Mengamalkakan ilmu yang berguna
    • Menjauhi ilmu yang lagha dan tidak berguna seperti ilmu sihir
    • Bergaul dengan ulamak
    • Menjauhi dari orang yang berakhlak buruk
  • Menghayati ayat-ayat al Quran
    • Setiap hari membaca, memahami dan menghafal ayat al Quran
    • Mempraktikan al Quran dalam kehidupan harian
    • Mempelajari bahasa Arab dan tafsir al Quran
  • Menjadikan Rasulullah sebagai contoh
    • Membaca sejarah Nabi saw
    • Menghayati perjuangan Nabi Muhammad saw
    • Mengamalkan cara hidup Nabi dalam diri, keluarga dan masyarakat
  • Sentisa muhasabah diri
    • Sentiasa berfikir untuk melihat kesalahan yang ada di dalam diri
    • Hindar dari melihat kekurangan yang ada pada orang lain
    • Memperbaiki diri sendiri
  • Sentisa memerangi hawa nafsu
    • Jika nafsu mengatasi fikiran maka rosaklah seseorang itu
    • Buatlah sesuatu yang dibenci seperti bersedekah, berzikir dan berpuasa
    • Tinggalkanlah sesuatu yang digemari seperti berzina, mencuri, minum arak
    • Amalkan amar makruf dan nahi munkar dalam diri
    • Bermujahadah menentang hawa nafsu
    Ustaz Abd Aziz bin Harjin
    Pensyarah Tamadun Islam
    Universiti Teknologi MARA Perlis
    02600 Arau 
    PERLIS
    MALAYSIA

    013-4006206
    04-9882701
    abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
    http://abdazizharjin.blogspot.com

    No comments:

    Post a Comment