Friday, August 29, 2014

Kuliah 10

Tajuk: KONSEP IBADAH MEMBINA INSAN BERKUALITI

Peranan Ibadah Dalam Kehidupan
  • Pengertian Ibadah
    • Tunduk dan patuh kepada Allah SWT
    • Melaksanakan perintah Allah SWT
    • Melakukan yang disuruh dan meninggalkan yang dilarang oleh Allah SWT
  • Pembahagian Ibadah
    • Ibadah Khusus
      • Syahadah
      • Sembahyang lima waktu sehari semalam
      • Mengeluarkan zakat
      • Berpuasa pada bulan Ramadhan
      • Menunaikan haji jika mampu
    • Ibadah Umum
      • Semua ibadah sunat
      • Kehidupan harian yang diniatkan kerana Allah SWT
      • Menguruskan keluarga
      • Politik, ekonomi, sosial, seni dan sebagainya kerana Allah SWT
  • Sumber Ibadah
    • Perintah Allah SWT melalui al Quran dan al Sunnah
    • Ijtihad yang berlandaskan wahyu
    • Ibadah yang tidak bersumberkan wahyu adalah ditolak (bid'ah)
  • Skop Ibadah
    • Hubungan dengan Allah SWT
    • Hubungan sesama manusia
    • Hubungan dengan makhluk
    • Syarat sesuatu menjadi ibadah
      • Disyariatkan oleh Allah swt
      • Dilakukan ikhlas kerana Allah swt
      • Tidak bercanggah dengan hukum Allah swt
      • Dilakukan bersungguh-sungguh
      • Tidak mengabaikan ibadah khusus

    Ustaz Abd Aziz bin Harjin
    Pensyarah Tamadun Islam
    Universiti Teknologi MARA Perlis
    02600 Arau 
    PERLIS
    MALAYSIA

    013-4006206
    04-9882701
    abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
    http://abdazizharjin.blogspot.com

    No comments:

    Post a Comment